Teras kemuning hitam dijadikan seutas tasbih bersaiz m
. Jumlah makmun 99 biji. Hasil kerja tangan. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat
dijadikan jalan ikhtiar sekadar untuk mengelak gangguan makluk halus,
dijadikan penawar racun, gigitan bisa dan lain-lain. Tawaran dibuka untuk
rundingan harga.
ABMIN –
Rasanya sudah lebih dari 2 tahun Ambo tidak menjual tasih teras kemuning hitam.
Untuk masuk dalam bukit mencarinya satu hal. Untuk mencari tukang larik tasbih
juga satu hal. Apapun syukur alhamdulillah. Disini juga Ambo sekadar ingin
berkongsi pendapat. Apapun terpulanglah atas kebijaksanaan tuan-tuan. Ramai
dikalangan sahabat Ambo sendiri telah terkena tasbih teras kemuning hitam palsu
yang kini berlambak-lambak dipasaran.. Ada beberapa cara yang mudah untuk
menentukan tasbih teras kemuning hitam samada asli atau tidak. Antaranya :-
1. Gosok dengan kertas pasir jika warna didalam (selepas
digosok) berwarna putih
atau cerah, coklat muda
(perbezaan ketara) maka ianya palsu
2. Boleh juga gunakan pisau dihiris sedikit jika ada
perubahan warna cerah pada
dalamnya maka
ianya palsu (maksudnya hitam diluar cerah didalam)
3. Rendam dalam air panas jika warna air bertukar menjadi
warna teh o’ mungkin ianya
asli. Cuba pula cara
dibawah
4. Dan cuba pula cium air itu jika terdapat bau
bahan kimia atau bau pewarna kain
atau berbau kuat
ianya palsu.
5. Biasanya tasbih kemuning hitam yang palsu ringan
berbanding yang asli
6. Kemuning hitam palsu bila sering digunakan atau
disimpan lama kelamaan
warnanya
akan berubah menjadi cerah. Sedangkan kemuning hitam asli warnanya
akan menjadi
semakin hitam dan berkilat.
7. Antara jenis penipuan yang saya pernah jumpa, ada juga
tasbih dibuat dari kayu,
butir
buah, plastik dan lain-lain maka ianya dispray cat berwarna
hitam, ada juga
direndam dengan
pewarna kain, dakwat hitam dan lain-lain
8. Biasanya tasbih palsu lebih ringan berbanding tasbih
kemuning hitam yang asli
9. Awas..! air rendaman
tasbih palsu jangan diminum kerana ianya beracun. Manakala
air rendaman teras kemuning hitam asli boleh diminum dan dijadikan
penawar.
10. Waubagaimanapun
masih terdapat blogger-blogger yang beramanah menjual tasbih
kemuning hitam yang asli. Wallahualam
Status : Tawaran Dibuka
0 comments:
Post a Comment