BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 22, 2014

Tasbih Raja Kayu @ Damar Minyak


Teras damar minyak @ raja kayu dijadikan seutas tasbih bersaiz xl . Jumlah makmun 33 biji. Hasil kerja tangan. Atara kelebihan tasbih ini, jika sering dibuat zikir warnanya akan semakin berkilat dan berminyak. Bahkan saya pernah jumpa dengan tasbih yang telah lama digunakan menjadi bersinar-sinar seperti tiger eye.  Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar  untuk mengelak gangguan makluk halus, jika disimpan didalam rumah dapat mengelakkan rumah dari terkena ribut dan lain-lain.
 Berminat boleh hubungi saya : 013-504 2066


Status : Tawaran Dibuka





Tasbih Teras Kemuning Hitam


Teras kemuning hitam dijadikan seutas tasbih bersaiz m . Jumlah makmun 99 biji. Hasil kerja tangan. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar  untuk mengelak gangguan makluk halus, dijadikan penawar racun, gigitan bisa dan lain-lain. Tawaran  dibuka untuk rundingan harga.

ABMIN  – Rasanya sudah lebih dari 2 tahun Ambo tidak menjual tasih teras kemuning hitam. Untuk masuk dalam bukit mencarinya satu hal. Untuk mencari tukang larik tasbih juga satu hal. Apapun syukur alhamdulillah. Disini juga Ambo sekadar ingin berkongsi pendapat. Apapun terpulanglah atas kebijaksanaan tuan-tuan. Ramai dikalangan sahabat Ambo sendiri telah terkena tasbih teras kemuning hitam palsu yang kini berlambak-lambak dipasaran.. Ada beberapa cara yang mudah untuk menentukan tasbih teras kemuning hitam samada asli atau tidak. Antaranya :-
      1.      Gosok dengan kertas pasir jika warna didalam (selepas digosok)  berwarna putih     
      atau cerah, coklat muda (perbezaan ketara) maka ianya palsu
      2.      Boleh juga gunakan pisau dihiris sedikit jika ada perubahan warna cerah pada  
       dalamnya maka ianya palsu (maksudnya hitam diluar cerah didalam)
      3.      Rendam dalam air panas jika warna air bertukar menjadi warna teh o’ mungkin ianya
      asli. Cuba pula cara dibawah
      4.      Dan cuba  pula cium air itu jika terdapat bau bahan kimia atau bau pewarna kain
       atau berbau kuat ianya palsu.  
      5.      Biasanya tasbih kemuning hitam yang palsu ringan berbanding yang asli
      6.      Kemuning hitam palsu bila sering digunakan atau disimpan lama kelamaan  
       warnanya  akan berubah menjadi cerah. Sedangkan kemuning hitam asli warnanya
       akan menjadi semakin hitam dan berkilat.
      7.      Antara jenis penipuan yang saya pernah jumpa, ada juga tasbih dibuat dari kayu,
      butir   buah, plastik dan lain-lain maka ianya  dispray cat berwarna hitam, ada juga  
      direndam  dengan pewarna kain, dakwat hitam dan lain-lain
      8.      Biasanya tasbih palsu lebih ringan berbanding tasbih kemuning hitam yang asli
      9.      Awas..! air rendaman tasbih palsu jangan diminum kerana ianya beracun. Manakala
            air  rendaman teras kemuning hitam asli boleh diminum dan dijadikan penawar.
     10. Waubagaimanapun masih terdapat blogger-blogger yang beramanah menjual tasbih  
            kemuning hitam yang asli. Wallahualam


Status : Tawaran Dibuka





Saturday, November 2, 2013

Tasbih Bahar Emas

Tasbih teras bahar emas  33 biji saiz S. Bahar ini diambil dari laut dalam iaitu Laut Merah. Sangat sukar didapati. Antara koleksi rare. Cantik berkilau seperti emas bila terkena cahaya. Imam dan bilal dibuat dari teras kemuning Hitam. Untuk makluman bahar emas juga dikenali cintamani emas. Tawaran dibuka melalui rundingan harga.


 Status : Tawaran Dibuka


Thursday, October 31, 2013

Tasbih Ibor

Tasbih teras ibor bersaiz XL . Termasuk dalam kategori pembisa. Tawaran dibuka untuk mereka yang berminat melalui rundingan harga.


Status : Tawaran Dibuka





Friday, October 25, 2013

Fosil Buluh Hijau

Fosil buluh hijau tumpat. Walaupun telah berubah menjadi batu tetapi masih jelas kelihatan urat-urat kasar buluh. Boleh ditempah samada dijadikan gelang, tasbih dan lain-lain mengikut citarasa anda. Tawaran harga runding.


Status : Tawaran Dibuka


Wednesday, October 16, 2013

Tasbih Batu Ular


Batu ular dicanai dan ditebuk dijadikan tasbih 99 biji bersaiz S. Kepala tasbih dan penyekat dibuat dari teras kemuning hitam. Batu ular diambil didalam sebuah gua didalam sarang ular besar. Khasiat dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar penawar patukan,sengatan binatang bisa, direndam didalam air zamzam untuk direnjis dan diberi minum kepada orang yang terkena histeria. Bacaan AlQur'an wajib dibaca dalam ikhtiar. APA JUA PEKERJAAN, BACAAN ALQUR'AN  JANGAN DITINGGAL...dijauhkan dari gangguan makluk halus, dijauhi binatang buas asbab melalui aura yang dikeluarkan.. Sangat baik dijadikan tasbih untuk dibuat zikir.Tawaran dibuka untuk rundingan harga.


Status : Telah Dimilki Hamba ALLAH Penang. Terima Kasih





Wednesday, October 9, 2013

Tasbih Buluh Tumpat 100 Jenis


Buluh tumpat 100 jenis diambil dan dikumpul dari seluruh dunia. Kesemua buluh tumpat ini telah menjadi fosil. Setiap satu dianggarkan berusia lebih dari ribuan tahun bahkan mungkin jutaan tahun.Terdapat pelbagai warna dan jenis fosil buluh yang terdapat pada tasbih ini. Fosil buluh ini dicanai dan ditebuk dijadikan permata. Setiap satu buluh ini sangat keras untuk ditebuk lubang.Untuk menebuk satu fosil buluh memerlukan tidak kurang 3 bilah 'mata penebuk jenis berlian'bahkan ada yang ditebuk lubang sampai 10 mata penebuk Kebanyakkan mata penebuk patah.Tasbih ini mengandungi beberapa saiz.Harga bergantung kepada saiz. Tawaran dibuka untuk tempahan



Status : Tawaran Dibuka