BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 2, 2013

Tasbih Bahar Emas

Tasbih teras bahar emas  33 biji saiz S. Bahar ini diambil dari laut dalam iaitu Laut Merah. Sangat sukar didapati. Antara koleksi rare. Cantik berkilau seperti emas bila terkena cahaya. Imam dan bilal dibuat dari teras kemuning Hitam. Untuk makluman bahar emas juga dikenali cintamani emas. Tawaran dibuka melalui rundingan harga.


 Status : Tawaran Dibuka


Thursday, October 31, 2013

Tasbih Ibor

Tasbih teras ibor bersaiz XL . Termasuk dalam kategori pembisa. Tawaran dibuka untuk mereka yang berminat melalui rundingan harga.


Status : Tawaran Dibuka





Friday, October 25, 2013

Fosil Buluh Hijau

Fosil buluh hijau tumpat. Walaupun telah berubah menjadi batu tetapi masih jelas kelihatan urat-urat kasar buluh. Boleh ditempah samada dijadikan gelang, tasbih dan lain-lain mengikut citarasa anda. Tawaran harga runding.


Status : Tawaran Dibuka


Wednesday, October 16, 2013

Tasbih Batu Ular


Batu ular dicanai dan ditebuk dijadikan tasbih 99 biji bersaiz S. Kepala tasbih dan penyekat dibuat dari teras kemuning hitam. Batu ular diambil didalam sebuah gua didalam sarang ular besar. Khasiat dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar penawar patukan,sengatan binatang bisa, direndam didalam air zamzam untuk direnjis dan diberi minum kepada orang yang terkena histeria. Bacaan AlQur'an wajib dibaca dalam ikhtiar. APA JUA PEKERJAAN, BACAAN ALQUR'AN  JANGAN DITINGGAL...dijauhkan dari gangguan makluk halus, dijauhi binatang buas asbab melalui aura yang dikeluarkan.. Sangat baik dijadikan tasbih untuk dibuat zikir.Tawaran dibuka untuk rundingan harga.


Status : Telah Dimilki Hamba ALLAH Penang. Terima Kasih





Wednesday, October 9, 2013

Tasbih Buluh Tumpat 100 Jenis


Buluh tumpat 100 jenis diambil dan dikumpul dari seluruh dunia. Kesemua buluh tumpat ini telah menjadi fosil. Setiap satu dianggarkan berusia lebih dari ribuan tahun bahkan mungkin jutaan tahun.Terdapat pelbagai warna dan jenis fosil buluh yang terdapat pada tasbih ini. Fosil buluh ini dicanai dan ditebuk dijadikan permata. Setiap satu buluh ini sangat keras untuk ditebuk lubang.Untuk menebuk satu fosil buluh memerlukan tidak kurang 3 bilah 'mata penebuk jenis berlian'bahkan ada yang ditebuk lubang sampai 10 mata penebuk Kebanyakkan mata penebuk patah.Tasbih ini mengandungi beberapa saiz.Harga bergantung kepada saiz. Tawaran dibuka untuk tempahan



Status : Tawaran Dibuka